000000
X
PALESTIN
Institusi Darul Quran Dan Sunnah lahirkan 580 Huffaz
Oleh: Ammar Bin Mohd Akib
24 Ogos 2022 | 11.19 Malam
GAZA – Institusi Darul Quran Dan Sunnah telah menganjurkan program kemasyarakatan, Semalam. Sofwah al-Huffaz menyaksikan 580 huffaz akan diperdengarkan bacaan 30 juzuk al-Quran dalam masa sehari. Bacaan tersebut bermula selepas waktu Subuh sehingga waktu maghrib.

Menurut Pengasas Darul Quran Wa Sunnah, Dr Abdul Rahman Jamal, “Sohwah al-Huffaz adalah program kemasyarakatan julung kali diadakan dan ia merupakan program terbesar pernah diadakan di Semenanjung Gaza. Program ini menyasarkan lebih 500 orang keluaran dari institusi tersebut”.

Manakala Marwan Abu Ras, pengasas program Sohwah al-Huffaz, berkata” Program ini merupakan inisiatif penduduk Gaza lahirkan lebih ramai lagi para Huffaz, inilah rahsia kekuatan kami menandakan kemenangan semakin hampir”.

Huffaz al-Quran ini terdiri dari golongan professional iaitu agamawan, perubatan dan kejuruteraan bakal menjadi inspirasi rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dalam misi pembebasan Masjid al-Aqsa dan Palestin.

Program ini telah berlangsung bertempat  di 2 buah masjid iaitu, Masjid Imam as-Syafie, di Kawasan Kejiranan Az-Zaitun dan Masjid Taqwa, di Kawasan Kejiranan Syeikh Ridwan. Masjid Imam as-Syafei adalah salah sebuah masjid yang dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia. Masjid itu telah dirasmikan oleh Aman Palestin dalam pembinaan semula akibat serangan Rejim Israel tahun 2014.- Agensi 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,852
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....