000000
X
PALESTIN
Komuniti Masafer Yatta mendapat perintah larangan pergerakan bebas dari tentera Rejim
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
24 Ogos 2022 | 10.20 pagi
HEBRON - Tentera rejim semalam memaklumkan penduduk Palestin tentang perkampungan Jinba dan al-Markaz, dan masyarakat Badwi di Masafer Yatta, di Bukit Hebron Selatan, bahawa pergerakan masuk dan keluar dari kampung-kampung berkenaan tidak akan dibenarkan lagi, seolah diasingkan dari dunia luar, menurut seorang aktivis tempatan.

Aktivis dalam jawatankuasa anti-penempatan haram di selatan Hebron, Ratib Jabour, memberitahu WAFA bahawa tentera rejim menyerahkan notis memaklumkan mereka untuk tidak berpindah atau memasuki dan meninggalkan kawasan berkenaan serta mengancam untuk mengenakan penalti kepada mereka yang tidak mematuhi keputusan tersebut.

Langkah tentera rejim itu akan menghalang interaksi antara keluarga yang tinggal di kampung Masafer Yatta dan kawasan lain kerana notis itu mengancam untuk menyoal siasat orang serta merampas mana-mana kenderaan yang bergerak di kawasan berkenaan dan mendenda jika mereka tidak mematuhi arahan tentera rejim.

Tentera rejim telah memperketatkan pusat pemeriksaan dan penutupan jalan di Masafer Yatta sejak Mahkamah Tinggi Israel memberi lampu hijau pada Mei lalu untuk melaksanakan perobohan komuniti serta mengusir lebih 1000 penduduk yang terlibat dengan alasan untuk menjadikan kawasan berkenaan sebagai zon latihan tentera.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,663,055
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....