000000
X
PALESTIN
Hamas bersedih atas kesyahidan Mohammad Arayshi, seru rakyat Palestin bangkit melawan
Oleh: Nadhratul Hana’ Mohd Soberi
23 Ogos 2022 | 8.34 petang
GAZA - Pergerakan Hamas menyampaikan kesedihan rakyat Palestin dan seluruh warga Arab terhadap kesyahidan seorang pemuda, Mohammad Marzuq Arayshi (24 tahun) yang telah syahid pada subuh hari Selasa akibat luka yang dialaminya semasa Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai di Nablus dua minggu lalu.

Hamas menyatakan dengan tegas dalam sebuah kenyataannya  bahawa darah para syuhada’ seperti Mohammad Arayshi, Ibrahim Al-Nablusi, Islam Sabbouh dan Hussayn Taha tidak akan disia-siakan serta akan menjadi penyuntik semangat rakyat Palestin dalam berjuang.

Hamas  juga mengucapkan takziah kepada keluarga As-Syahid Arayshi, saudara-maranya serta semua yang menyayanginya. Di samping itu, Hamas memberi jaminan kepada rakyat Palestin untuk terus berkorban dan meneruskan langkah perjuangan seperti apa yang dilakukan oleh para syuhada’.

Dalam pada itu, pergerakan ini turut menyeru pemuda Palestin yang berada di seluruh Tebing Barat untuk bangkit menentang tentera Zionis Israel dengan segala cara dan medium sehingga Israel jatuh terduduk dan tanah Palestin kembali dalam genggaman umat Islam
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,661,631
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....