000000
X
PALESTIN
Operasi Pembunuhan Beramai-ramai Israel ke atas Gaza Berterusan Sehingga Hari ke-93
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
8 Januari 2024 | 12.00 tengahari
GAZA - Operasi pembunuhan beramai-ramai tanpa henti oleh rejim Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza hari ini memasuki hari ke-93. Puluhan orang awam yang tidak bersalah dilaporkan terbunuh dan cedera sejak beberapa jam lalu di seluruh kawasan itu, menurut sumber tempatan dan perubatan.

Sumber melaporkan pesawat pejuang rejim Israel menyerang kediaman milik keluarga Abu Elba di kawasan Faluja, utara Gaza dan mengakibatkan kematian tragis 20 orang awam serta mencederakan ramai yang lain. Pada masa yang sama, Israel menyerang dengan ganas kawasan rumah penduduk di kem pelarian Jabalia.

Di wilayah selatan Semenanjung Gaza, pesawat pejuang Israel menyerang sebuah apartmen kediaman di kawasan kejiranan Al-Amal di barat Khan Yunis.

Sumber perubatan mengesahkan bahawa beberapa individu yang cedera termasuk kanak-kanak telah dibawa ke Hospital Abu Yousef Al-Najjar berikutan serangan udara Israel yang melanda rumah keluarga Al-Ajez di kawasan kejiranan Zuhour, utara Rafah.

Selain itu, tujuh orang awam terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah bangunan yang melindungi orang yang kehilangan tempat tinggal di Rafah.

Pada lewat malam tadi, pesawat pejuang rejim Israel menyerang pusat perlindungan yang dikendalikan UNRWA di kem pelarian al-Maghazi, mengakibatkan pembunuhan kejam empat individu, termasuk wanita. Pasukan rejim Israel juga menyerang ambulans dan melepaskan peluru hidup terus ke arah mereka.

Tambahan pula 17 orang awam termasuk 12 kanak-kanak syahid akibat pengeboman Israel ke atas sebuah rumah di barat Khan Yunis.

Dalam angka awal, pencerobohan Israel yang berterusan ke atas Gaza sejak 7 Oktober telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 22,600 maut, dengan majoriti wanita dan kanak-kanak. Selain itu, 7,000 individu hilang di bawah runtuhan, dan kemungkinan besar dianggap mati.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,628,090
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....