000000
X
PALESTIN
'Menyerah Bukanlah Pilihan’ : Petugas Perubatan Gaza Teguh Bertahan
Oleh: Abdur Rahman Raji
19 November 2023 | 9.10 malam
Abdelrahman Abu Shawish, seorang petugas sukarelawan perubatan Gaza, tidak menjangkakan akan membuat keputusan yang mengubah hidup pesakitnya begitu cepat setelah menamatkan pengajian perubatan di Universiti Azhar Gaza.

Individu berusia 25 tahun itu, tinggal bersama keluarganya di kem pelarian Nuseirat, serta mula menjadi sukarelawan di Jabatan Pembedahan  Hospital Syuhada Al-Aqsa pada 10 Oktober dan mendapati dirinya terlibat dalam membuat keputusan sama ada seseorang yang cedera memerlukan amputasi (pemotongan) penuh atau separa pada anggota badan mereka.

"Kecederaan yang saya lihat semasa perang Mei 2021 lebih kurang sama," katanya kepada Al Jazeera. "Tetapi kali ini, saya lihat begitu banyak jenis yang berbeza, dari tahap bakar yang berbeza hingga ke amputasi anggota badan, luka yang mendalam, dan pelbagai jenis serpihan logam."

Hospital tersebut sepatutnya menyediakan khidmat perubatan bagi bandar Deir el-Balah sahaja, namun kini telah menjadi fasiliti rawatan utama di Semenanjung Gaza disebabkan serangan dan runtuhan hospital-hospital lain di bandar Gaza terutamanya di bahagian utara Gaza.

Seorang lagi petugas sukarelawan perubatan, Abu Salem,  25 tahun, yang selesai menamatkan pengajian fisioterapi di Universiti Islam Gaza, menyatakan bahawa pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Israel terhadap rakyat Palestin telah menjadi realiti seharian di Semenanjung Gaza.

"Saya maklum bekerja di hospital pada umumnya akan menjadi sibuk, tetapi bekerja di hospital sewaktu perang adalah satu tahap yang benar-benar berbeza," katanya. "Anda tidak tahu apa yang akan terjadi esok, sama ada anda akan hidup atau mati. Tetapi menyerah bukanlah pilihan."

Hampir dua pertiga hospital di wilayah itu - 26 daripada 35 - telah berhenti beroperasi selepas berbulan-bulan serangan oleh rejim Israel ke atas wilayah tersebut yang bermula pada 7 Oktober. Sekurang-kurangnya 1.5 juta Palestin telah dipindahkan dari rumah mereka dan serangan udara dan serangan darat secara besar-besaran ke atas Gaza telah menghancurkan sebahagian besar infrastrukturnya, termasuk lebih separuh daripada rumah-rumah di sana.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,803
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....