000000
X
PALESTIN
Kes Tawanan Israel Sedang Pecah-Belahkan Rejim Israel
Oleh: Abdur Rahman Raji
18 November 2023 | 3.20 petang
Tawangan Israel yang berjaya ditahan oleh Briged Al-Qassam di Semenanjung Gaza kini merupakan isu paling sensitif di Israel.

Setelah lebih sebulan, kira-kira 240 orang Israel telah ditawan oleh mujahidin pembebasan Palestin semasa serangan yang dipimpin oleh Al-Qassam ke atas komuniti Israel berdekatan dengan Semenanjung Gaza.

Walau bagaimanapun, tiada sesiapa yang benar-benar tahu apa yang berlaku dalam rundingan untuk membebaskan mereka. Terdapat pelbagai laporan media antarabangsa yang menunjukkan bahawa pelan pertukaran tawanan hampir tercapai.

Hamas dilihat agak terbuka mengenai isu ini dan mencadangkan untuk membebaskan beberapa tawanan awam sebagai pertukaran untuk menghentikan konflik, diikuti oleh lebih kurang 100 lagi sebagai pertukaran untuk wanita dan kanak-kanak Palestin yang kini sedang ditahan di penjara Israel.

Namun begitu, Israel terus menjalankan serangan di Gaza, yang kini telah menyebabkan lebih daripada 12,000 warga Palestin terbunuh, termasuk 5,000 kanak-kanak.

Minggu ini sahaja, sebanyak dua orang tawanan Israel meninggal dunia akibat mengidap kanser dan yang lainnya terbunuh dalam serangan Israel.

Pada peringkat awal perang, pihak tentera rejim Israel dikatakan akan melakukan segala cara dan kemungkinan untuk membebaskan warganya yang dijadikan tawanan. Ini kerana statistik perang sebelum ini tidak pernah melihat sejumlah orang Israel yang ramai dalam dijadikan sebagai tawanan sejak Perang Timur Tengah 1973.

Menambah tekanan kepada rejim Israel, majoriti tawanan yang berjaya ditahan oleh Al-Qassam adalah orang awam. Hanya kira-kira 35 orang yang dipercayai sebagai tentera. Justeri, situasi ini sangat berbeza daripada apa yang pernah dilihat sebelum ini dan menekan pihak rejim Israel  dan memecah-belahkan struktur sosio-politik dalaman mereka.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,657,349
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....