000000
X
PALESTIN
40 Pesakit, Empat Bayi Pramatang syahid di Hospital Al-Shifa Gaza
Oleh: Abdur Rahman Raji
18 November 2023 | 2.20 petang
Sekurang-kurangnya 40 pesakit, termasuk empat bayi pramatang, di Hospital Al-Shifa’ Gaza telah syahid akibat serangan tentera rejim Israel di hospital tersebut sejak tarikh 11 November, dan juga atas faktor kekurangan elektrik di fasiliti perubatan tersebut, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Laporan terkini mengenai keadaan Gaza oleh Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOCHA) juga menyatakan bahawa serangan udara pada waktu malam ke atas bangunan kediaman di kawasan Nuseirat tengah Gaza telah menyebabkan sekurang-kurangnya 20 orang syahid dan meninggalkan kira-kira 140 orang terperangkap di bawah runtuhan.

Warga Gaza terpaksa menggunakan hanya tangan dan alat primitif sahaja untuk melakukan usaha menyelamat mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan kerana perkhidmatan kecemasan di Gaza telah hampir berhenti disebabkan kekurangan bahan api untuk kenderaan dan komunikasi, kata UNOCHA.

Sementara itu dalam perkembangan perang di wilayah Tebing Barat, sejak 7 Oktober, sebanyak 191 orang Palestin, termasuk 51 kanak-kanak, telah syahid dibunuh oleh tentera rejim Israel, serta lapan orang Palestin, termasuk seorang kanak-kanak, juga telah terbunuh syahid dibunuh oleh puak pelampau Yahudi-Israel di wilayah yang sama.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,661,554
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....