000000
X
PALESTIN
Dua Pegawai Tentera Israel Terbunuh, Cedera Diserang Mujahidin
Oleh: Abdur Rahman Raji
17 November 2023 | 9.30 malam
Dua orang pegawai tentera rejim penjajah Israel dilaporkan telah terbunuh dan dua lagi pegawai mengalami kecederaan dalam pertempuran dengan pihak mujahidin pembebasan Palestin di bahagian utara Gaza. 

Dengan ini, jumlah keseluruhan kematian tentera rejim Israel sejak bermulanya operasi darat Israel di Gaza pada 27 Oktober lepas telah meningkat kepada 51 orang. Jumlah keseluruhan kematian bagi tentera rejim Israel telah mencapai 370 askar dan pegawai, sejak bermulanya Perang Taufan Al-Aqsa pada bulan Oktober. 

Briged Izzudin al-Qassam turut mengumumkan bahawa mereka berjaya menghancurkan 11 buah kenderaan Israel - sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya - dan membunuh serta mencederakan askar rejim Israel di semua kawasan pertempuran di Gaza. 

Tentera rejim penjajah telah melancarkan perang hingga merosakkan Gaza, dan menyebabkan lebih dari 11,000 warga Palestin mati syahid, serta kebanyakannya dalam kalangan wanita dan kanak-kanak, serta hampir 30,000 cedera, 70% daripadanya juga adalah kanak-kanak dan wanita.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,655,058
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....