000000
X
PALESTIN
Pengeboman Besar-besaran Rejim Israel di Khan Yunis, Kem Jabaliya
Oleh: Abdur Rahman Raji
14 November 2023 | 9.45 malam
Rejim Israel telah melancarkan serangan ke atas Gaza bagi hari yang ke-39 berturut-turut, serentak dengan pengepungan dan halangan terhadap konvoi-konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Menurut Kementerian Dalam Negeri Gaza, sekurang-kurangnya 13 syuhada’ telah dibawa ke Hospital Nasser akibat serangan jet rejim Israel ke arah beberapa rumah di Khan Yunis. 

Selain itu tentera rejim Israel turut mengebom 12 rumah di Kem Jabaliya hingga mengorbankan lebih daripada 30 nyawa warga Palestin. Beberapa mangsa yang tercedera telah dibawa ke Hospital Indonesia akibat sasaran serangan ke rumah bersebelahan dengan Sekolah Fakhoura di Kem Jabaliya. Menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza juga menyatakan bahawa rejim tentera Israel telah melakukan 1,153 serangan hingga menyebabkan serangan jumlah syuhada’ di Gaza kini meningkat kepada 11,240 orang, termasuk 4,630 kanak-kanak, 3,130 wanita, serta lebih 29,000 mangsa kecederaan, dengan lebih daripada 70% daripadanya melibatkan kanak-kanak dan wanita.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,662,997
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....