000000
X
PALESTIN
Tentera Amerika Turut Serta Dalam Operasi Darat Israel di Gaza
Oleh: Abdur Rahman Raji
13 November 2023 | 5.20 petang
Penduduk Palestin yang keluar dari kawasan Al-Nasr di barat Gaza melaporkan bahawa tentera rejim Amerika Syarikat dilihat sedang melakukan serangan bersama pasukan rejim penjajah Israel yang menembusi kawasan Al-Nasr. 

Menurut sumber saksi mata yang memberitahu Al Jazeera, mereka melihat beberapa tentera meletakkan bendera Amerika di seragam ketenteraan mereka dan bercakap dalam bahasa Inggeris semasa mereka keluar dari rumah mereka. Mereka melaporkan terdapat puluhan syuhada dan mangsa yang tercedera di rumah-rumah mereka serta di Hospital Mahdi di kawasan Al-Nasr, dan tentera rejim penjajah menolak penghantaran bantuan kecemasan kepada mereka.

Sejak 37 hari yang lalu, tentera rejim penjajah Israel telah melancarkan perang udara, darat, dan laut ke atas Gaza, hingga merosakkan kawasan kediaman dengan melakukan kekejaman terhadap penduduknya, membunuh lebih daripada 11,078 rakyat Palestin, termasuk 4,506 kanak-kanak, 3,027 wanita, 678 warga emas, dan mencederakan 27,490 mangsa rakyat Palestin dengan pelbagai kecederaan. Pada hari Ahad, kepimpinan ketenteraan Amerika di Eropah (EUCOM) mengumumkan kematian lima askar mereka akibat kecelakaan pesawat tentera di timur Laut Tengah semasa ‘latihan amali’.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,662,061
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....