000000
X
PALESTIN
Ramai Pegawai Tentera Atasan Israel Terbunuh, Ketakutan Tentera Meningkat
Oleh: Abdur Rahman Raji
13 November 2023 | 3.30 petang
Pengumuman oleh tentera rejim Israel mengenai senarai tentera rejim Israel yang terbunuh dalam serangan darat di Gaza, menunjukkan bahawa kebanyakan yang terbunuh adalah daripada pangkat atasan dalam tentera Israel. 

Menurut seorang pakar propaganda, Haider Al-Masdar, perkara ini mencerminkan tahap ketakutan dan kegentaran tentera penjajah terhadap pertempuran di Gaza. Beliau menyatakan bahawa tentera rejim itu tidak mempunyai keberanian untuk memulakan serangan dan pertempuran di kawasan operasi darat di sektor tersebut. 

“Yang menarik perhatian ialah kebanyakan yang terkorban daripada pihak musuh adalah dari pangkat atasan, dan mungkin ada maksud tersirat di sebaliknya. Ini mungkin menunjukkan penolakan atau bantahan daripada pihak tentera yang lebih rendah pangkat untuk maju, menyebabkan pegawai tentera yang lebih tinggi pangkat mengambil inisiatif sebagai contoh, namun telah terbunuh sekaligus meningkatkan rasa ketakutan dan tahap kegentaran.” jelas Al-Masdar kepada agensi media Al-Shahab.

Baru-baru ini tentera penjajah Israel mengumumkan kematian 5 askar daripada unit elit tentera seperti Givati dan Shaldag dalam pertempuran dengan pejuang Al-Qassam di utara Gaza, sekaligus meningkatkan jumlah korban mereka kepada 43 sejak bermulanya operasi darat di Gaza pada 27 Oktober yang lalu.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,662,312
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....