000000
X
PALESTIN
Al-Azhar seru pemimpin arab hentikan keganasan Israel
Oleh: Abdur Rahman Raji
12 November 2023 | 5.30 petang
Institusi Ilmu Islam terhormat di dunia, Al-Azhar, telah menyeru para pemimpin arab dunia Islam yang menghadiri pertemuan Liga Arab di Riyadh pada Sabtu untuk menyeru penghentian keganasan Israel dan pembunuhan etnik terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

"Kepada pemimpin Arab yang berkumpul di Liga Arab, kami berdoa kepada Allah Yang Maha Kuasa agar memberikan kejayaan dalam usaha anda untuk menghentikan keganasan dan pembunuhan etnik yang sedang dialami oleh saudara-saudara kami di Palestin yang tercinta," kata Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Ahmad Al-Tayyib, melalui sebuah kenyataan rasmi.

Sheikh Ahmad Al-Tayyib juga turut berharap pemimpin-pemimpin tersebut akan mencapai kesepakatan untuk memberikan bantuan kemanusiaan dan mencapai penyelesaian segera untuk menghentikan pertumpahan darah umat Islam.

Arab Saudi menjadi tuan rumah Liga Arab bertempat di Jeddah bagi membincangkan situasi di Semenanjung Gaza.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,661,806
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....