000000
X
PALESTIN
160 Aset Kenderaan Tentera Rejim Israel Berjaya Dimusnahkan
Oleh: Abdur Rahman Raji
12 November 2023 | 4.30 petang
Jurucakap Rasmi Briged Al-Qassam, mengumumkan bahawa pejuang Al-Qassam telah berjaya merosakkan 160 aset kenderaan tentera Israel, sama ada secara separa atau sepenuhnya, sejak permulaan serangan darat rejim Israel ke atas Gaza. Tambahnya lagi, kereta kebal rejim Israel terpaksa menghadapi pertempuran yang sengit dan hebat dengan Briged Al-Qassam, hingga memaksa mereka untuk mundur dan menukar laluan pencerobohan.

Abu Ubaidah turut menyatakan bahawa pejuang Al-Qassam telah muncul dari bawah tanah dan di atas tanah, serta dari bawah runtuhan, hingga dapat merosakkan kenderaan tentera dan kereta kebal rejim penjajah. Beliau menekankan bahawa pertempuran dengan pihak rejim penjajah adalah tidak seimbang namun kekuatan Al-Qassam mampu menakutkan kuasa terkuat di rantau ini. 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,663,675
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....