000000
X
PALESTIN
Jet rejim Israel Bom Hospital Kanak-Kanak Ar-Rantisi
Oleh: Abdur Rahman Raji
10 November 2023 | 9.30 malam
Sebuah jet rejim tentera Israel secara kejam telah mengebom beberapa hospital di Gaza selama dua hari, termasuk Kompleks Al-Shifa dan Hospital Kanak-Kanak Ar-Rantisi. Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, pengeboman tersebut telah mengakibatkan kebakaran di dalam Hospital Rantisi, di bahagian tingkat bawah hospital dan beberapa fasiliti yang lain. 

Kawasan sekitar Hospital Al-Shifa di Bandar Gaza telah menjadi sasaran kali kedua dalam siri serangan rejim tentera Israel. Menurut agensi berita WAFA, rejim tentera Israel turut melancarkan siri serangan udara secara bertubi-tubi dan kejam di sekitar Hospital Indonesia di bahagian utara Gaza, menyebabkan beberapa penduduk awam Palestin terbunuh dan tercedera. Serangan tersebut telah menyebabkan kerosakan yang amat teruk di beberapa fasiliti hospital dan juga menyebabkan keadaan panik di kalangan penduduk awam yang berhampiran serta bergegas mencari tempat perlindungan daripada serangan udara.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,662,539
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....