000000
X
PALESTIN
Perjuangan Palestin Meningkat, Netanyahu Resah Imej Israel Semakin Rosak
Oleh: Abdur Rahman Raji
9 November 2023 | 9.30 malam
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, telah memberi amaran kepada pimpinan rejim Israel untuk tidak merosakkan imej dan kepentingan Israel di peringkat antarabangsa. Amaran itu disampaikan oleh Netanyahu dalam sebuah pertemuan keselamatan yang dihadiri oleh pimpinan kerajaan dan agensi keselamatan rejim Israel. 

Netanyahu menyatakan bahawa antara matlamat pertemuan keselamatan tersebut adalah bagi menghadapi peningkatan perjuangan umat Islam Palestin di kawasan Tebing Barat, dan menghalangnya daripada menjadi pertambahan medan pertempuran yang baru. Pemimpin rejim penjajah itu menyatakan keresahannya terhadap isu kekejaman pihak Israel sendiri yang boleh menjejaskan imej Israel di luar negara.

Di samping itu, Ketua Unit Keselamatan Dalaman Israel (Shin Bet), Ronen Bar, mengadakan perbincangan berkala dengan Pihak Berkuasa Palestin (Palestinian Autorithy) untuk mencapai keadaan di mana tidak ada penambahan medan pertempuran di Tebing Barat yang dikuasai oleh Israel.

Kenyataan-kenyataan itu dikeluarkan dalam konteks kebimbangan pihak rejim keselamatan Israel mengenai peningkatan perjuangan umat Islam di Tebing Barat, di mana situasi terkini telah mencapai ke tahap yang amat besar. Beberapa kawasan di Tebing Barat dan Baitul Maqdis telah menyaksikan serbuan oleh rejim tentera Israel, yang disertai dengan konfrontasi dari rakyat Palestin, serta penangkapan dan tembakan peluru hidup.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,655,894
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....