000000
X
PALESTIN
Bersedia Untuk Fasa Selepas Kemenangan Mujahidin dan Pasca-Penjajahan
Oleh: Abdur Rahman Raji
9 November 2023 | 8.42 malam
Naib Presiden Sayap Politik Hamas, Saleh Al-Arouri, mengesahkan bahawa pihak mujahidin akan menang dalam Perang Taufan Al-Aqsa. Dalam wawancara bersama saluran televisyen Al-Aqsa, Al-Arouri menganggap apa yang disebut-sebut mengenai ‘Fasa Pasca-Hamas’ adalah sesuatu yang hanya bersifat illusi, dan menegaskan bahawa umat Islam perlu mula merancang pelan bagi fasa selepas era penjajahan dan kemenangan bagi pihak mujahidin.

Al-Arouri turut menyatakan bahawa penyusupan rejim tentera Israel ke dalam Gaza sebenarnya lebih mendatangkan kerugian kepada kenderaan dan askar Israel, atas faktor kereta kebal musuh yang dianggap dapat menguasai beberapa kawasan hakikatnya telah mula terperangkap dalam kawasan pertempuran.

"Mujahidin Palestin tidak pernah berhenti, dan saya telah menyatakan sebelum ini bahawa perjuangan pembebasan mungkin berkobar di Tebing Barat dan mereda di Gaza, kemudian berkobar pula di Gaza dan mereda di Tebing Barat, tetapi perjuangan berterusan kerana rakyat kita menolak untuk menyerah dan tidak boleh menyerah. Sejak Deklarasi Balfour, kami telah berperang dan tidak akan berhenti dari perjuangan." tambah Al-Arouri dalam wawancara tersebut.

"Ini bukan pertempuran Gaza, ini adalah pertempuran Al-Quds, dan semua manusia yang memiliki hati nurani manusiawi harus bergerak bersama dalam pertempuran ini."

Al-Arouri turut menegaskan bahawa dunia Barat telah memberikan perlindungan kepada pihak penjajah atas kekejaman yang terus dilakukan terhadap wanita dan kanak-kanak secara sengaja. Beliau menjelaskan perang kalini telah mendedahkan wajah kejam Amerika Syarikat dan seluruh dunia apabila gagal memberikan perlindungan dan penjagaan kepada orang awam dan kanak-kanak Palestin.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,655,821
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....