000000
X
PALESTIN
Al-Qassam Berjaya Laksanakan Serangan Balas, Lebih Tujuh Kereta Kebal Rejim Musnah
Oleh: Abdur Rahman Raji
8 November 2023 | 9.45 malam

Briged Izz Al-Din Al-Qassam mengumumkan bahawa mereka telah berjaya melaksanakan beberapa siri serangan terhadap rejim tentera Israel dengan pelaksanaan operasi penembak tepat dan sasaran peluru berpandu, serta pemusnahan beberapa kenderaan rejim tentera Israel di pelbagai bahagian dalam Gaza.

Menurut Jurucakap Rasmi Briged Al-Qassam, Abu Ubaidah, barisan pejuang mujahidin pembebasan Palestin telah berjaya merosakkan 15 kenderaan rejim secara sepenuhnya atau sebahagiannya, dalam beberapa jam yang lalu di sekitar Kem Pantai Gaza dan Beit Hanoun. Briged itu juga telah melepaskan peluru berpandu ke atas pasukan musuh dan terlibat dalam pertempuran dengan pasukan musuh di beberapa medan pertempuran.

Briged Al-Qassam turut mengumumkan melalui platform saluran rasmi telegram mereka, mengenai perkembangan dan kejayaan beberapa pertempuran barisan mujahidin menentang rejim tentera Zionis, antaranya : 

1. Berjaya memusnahkan lebih dari enam kereta kebal Zionis dan sebuah kenderaan rejim di utara Bulatan At-Tuwam dengan peluru Yasin 105.
2. Berjaya memusnahkan sebuah kereta kebal Israel di kawasan Slaateen di barat laut Beit Lahia dengan peluru Yasin 105, hingga menyebabkan ia terbakar.
3. Berjaya menembak seorang askar Zionis di kawasan At-Tuwam, hingga mengalami kecederaan serius.
4. Berjaya memusnahkan sebuah kereta kebal dan kenderaan rejim Zionis di utara Kem Pantai Gaza dengan peluru Yasin 105.
5. Berjaya menyerang sekumpulan rejim askar Israel berdekatan kumpulan kenderaan rejim di selatan Bandar Gaza dengan peluru berpandu jenis Kornet.

Sementara itu, rejim tentera Israel melaporkan kematian anggotanya sebanyak 349 tentera dan 59 anggota polis, serta 10 anggota agensi keselamatan Israel sejak bermulanya perang Taufan Al-Aqsa.

X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,664,913
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....