000000
X
PALESTIN
Rejim Israel Berterusan Serang Selatan Gaza, Tembak Konvoi Bantuan Perubatan
Oleh: Abdur Rahman Raji
8 November 2023 | 8.20 malam
Serangan rejim Israel secara berturut-turut memasuki hari ke-33, dan mengakibatkan peningkatan jumlah mangsa yang cedera, hingga kini mencapai 10,500 mangsa dan jumlah ini masih terus meningkat. Beberapa warga Palestin telah menjadi mangsa serangan yang berterusan rejim penjajah Israel di kawasan Kem Shati’, Kem Jebaliyah, dan kawasan Al-Shuja'ia di timur Gaza. Kawasan-kawasan di selatan Gaza juga turut tidak terlepas daripada serangan dan keganasan pihak rejim Israel.

Rejim Israel mendakwa bahawa mereka telah menyediakan laluan selamat untuk penduduk utara Gaza untuk berpindah ke selatan, namun Kementerian Kesihatan Gaza menyebutnya sebagai ‘laluan kematian’ dan mengesahkan bahawa terdapat berpuluh-puluh mangsa cedera yang masih terbaring di medan pertempuran akibat serangan rejim Israel. 

Persatuan Antarabangsa Bulan Sabit Merah turut mengesahkan bahawa konvoi bantuan kemanusiaan yang membawa bekalan perubatan turut ditembak oleh rejim Israel di Gaza pada hari Selasa.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,662,000
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....