000000
X
PALESTIN
569 Trak Bantuan ke Gaza, Tiada Satu Pun Bawa Bekalan Bahan Api
Oleh: Abdur Rahman Raji
7 November 2023 | 10.30 malam
Situasi kemanusiaan di Gaza semakin merosot dengan cepat kerana perkhidmatan kesihatan, sanitasi, sumber air, dan makanan di wilayah itu kini berada di ambang keruntuhan disebabkan kekurangan pengimportan bahan api. 

Pejabat PBB bagi Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) menyatakan bahawa tiada satu pun daripada 569 trak bantuan yang memasuki Gaza sehingga kini yang membawa bahan api. Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa semakin banyak kemudahan kesihatan dan alat penyelamat nyawa terpaksa ditutup apabila kehabisan bekalan bahan api.

Rejim penjajah Israel telah mengenakan ‘pengepungan total’ ke atas Gaza, memotong bekalan elektrik dan menghalang pengimportan bahan api sebagai sebahagian daripada kempen pemusnahannya terhadap Gaza.

Minggu lalu, Ketua Kemanusiaan PBB, Martin Griffiths, mengatakan terdapat ‘sedikit kemajuan’ dalam perbincangan mengenai kebenaran pengimportan bahan api ke Gaza, tetapi nampaknya perbincangan tersebut gagal menghasilkan sebarang keputusan. PBB dan agensi kemanusiaan lain telah menyeru untuk segera menghidupkan semula pengimportan bahan api dan mengangkat pengepungan bagi mengelakkan krisis kemanusiaan di Gaza menjadi daripada semakin teruk.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,728
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....