000000
X
PALESTIN
Rejim Israel di Ambang Kekalahan, Tidak Mampu Balas Serangan Mujahidin
Oleh: Abdur Rahman Raji
6 November 2023 | 9.20 malam
Khalil al-Hayya, Ahli Majlis Politik Gerakan Islam HAMAS, menyatakan bahawa perjanjian untuk mengeluarkan tahanan awam dan warga asing sudah hampir tercapai oleh gerakan perjuangan mujahidin, tetapi rejim penjajah Israel telah menipu dan kembali ke titik permulaan. 

Menurut wawancara Khalil dalam sebuah stesen televisyen, beliau menambah lagi bahawa penjajah Israel telah menggunakan beberapa lapis taktik pembohongan bagi memanjangkan tempoh pembunuhan rakyat Gaza, dan rejim Israel berhasrat untuk mengusir rakyat Palestin dari tanah mereka. 

Namun Khalil menegaskan bahawa HAMAS akan menggagalkan usaha rejim Israel tersebut bahkan setiap kali penjajah gagal dalam menghadapi serangan gerakan perjuangan barisan mujahidin, mereka meningkatkan pembunuhan terhadap penduduk awam, dan menyebarkan pembohongan demi menjayakan rancangan rejim Israel dengan sokongan Amerika untuk melakukan pembunuhan secara besar-besaran. 

Selama tiga puluh hari pertempuran berlaku, rejim tentera penjajah Israel telah melancarkan serangan pemusnahan ke atas Gaza, hingga menyebabkan kematian 9,770 rakyat Palestin, termasuk 4,800 kanak-kanak dan 2,550 wanita, sementara lebih daripada 24,000 lagi cedera.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,661,459
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....