000000
X
PALESTIN
Perjuangan Pembebasan Palestin Makin Kuat di Tebing Barat
Oleh: Abdur Rahman Raji
6 November 2023 | 8.30 malam
Kementerian Kesihatan Palestin hari ini mengumumkan kematian seorang pemuda dan kecederaan serius tiga mangsa yang lain akibat tembakan rejim tentera penjajah Israel di utara Al-Khalil (Hebron). 

Menurut sumber tempatan, pemuda yang syahid tersebut adalah Muhammad Ahmad Mahmoud Al-Atrash, yang terbunuh selepas terkena tembakan rejim tentera penjajah semasa pertempuran berlaku di Al-Khalil. Rejim tentera penjajah juga menceroboh kawasan kampung Al-Amari dan kawasan Umm ash-Sharayet di bandar Al-Bireh semalam dan awal pagi hari ini. Mereka juga memasuki bandar Tubas, di mana berlakunya pertempuran bersenjata antara pejuang Palestin dan rejim tentera penjajah, termasuk letupan bom semasa serangan tersebut berlaku. Selain itu, Kesatuan Bulan Sabit Merah turut melaporkan bahawa seorang pemuda berusia 23 tahun telah terkena tembakan hidup di paha semasa pergolakan yang berlaku di kampung Umm Rukba.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,660,144
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....