000000
X
PALESTIN
Rejim Israel Sasarkan Puluhan Serangan Terhadap Wartawan, Institusi media Palestin
Oleh: Abdur Rahman Raji
4 November 2023 | 11.30 malam
Pejabat Media Kerajaan Gaza mengumumkan peningkatan jumlah wartawan yang syahid akibat serangan berterusan oleh rejim tentera Israel ke atas Gaza, yang kini mencecah 46 orang mangsa. 

Menurut kenyataan pejabat itu, rejim Israel dengan sengaja menyerang pihak wartawan secara langsung, dan ada di antara mereka yang menjadi syuhada’ akibat runtuhan rumah-rumah mereka di atas kepala mereka dan keluarga mereka.

Pejabat tersebut menegaskan bahawa jenayah pembunuhan yang dilakukan oleh pihak rejim Israel terhadap warga Palestin amnya dan wartawan serta pengamal media khususnya, telah mencerminkan sifat kekejaman dan proses keganasan secara tersusun oleh pihak rejim Israel terhadap pihak wartawan. 

Mereka menjadikan pembunuhan, penahanan, dan pemusnahan yang disasarkan secara berterusan ke atas institusi media Palestin dan rumah para wartawan secara sengaja, dengan tujuan untuk menyembunyikan naratif perjuangan Palestin.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,659,051
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....