000000
X
PALESTIN
Lebih 70 Peratus Mangsa Serangan Rejim Israel Adalah Kanak-Kanak, Warga Emas
Oleh: Abdur Rahman Raji
4 November 2023 | 10.30 malam
Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Dr Ashraf Al-Qidra,  melaporkan peningkatan angka syuhada’ Palestin akibat serangan rejim Israel telah mencecah 9488 mangsa, dengan 3900 daripadanya adalah di kalangan kanak-kanak dan 2509 adalah wanita, serta 24,158 orang mengalami kecederaan sejak 7 Oktober yang lalu. 

Dr. Ashraf Al-Qidra turut melaporkan bahawa serangan di sekolah Al-Fakhoura pada pagi tadi telah mengakibatkan 15 syuhada dan 70 cedera. Beliau juga menyatakan bahawa sebanyak 2000 laporan telah diterima oleh pihak kesihatan mengenai mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan, termasuk 1250 daripadanya adalah kanak-kanak. 

Lebih dari 70% mangsa serangan rejim Israel adalah kanak-kanak, wanita, dan warga emas, bahkan pihak rejim telah menyerang 105 institusi kesihatan hingga terpaksa menutup 16 hospital akibat tiada bahan bakar.

Dr Ashraf juga turut menyatakan bahawa hospital-hospital di Gaza kini dipenuhi dengan kes-kes kritikal dan teruk, dan beberapa pesakit di hospital telah kehilangan nyawa disebabkan kekurangan peralatan perubatan untuk dirawat. Pihak rejim Israel juga menghalang pesakit dari meninggalkan Utara Gaza melalui laluan Rafah.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,661,674
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....