000000
X
PALESTIN
Angka Syuhada’ Gaza Cecah Lebih 10 Ribu Terkorban
Oleh: Abdur Rahman Raji
3 November 2023 | 11.20 malam
Keganasan rejim penjajah Israel terhadap umat Islam Palestin telah memasuki hari ke-28, dengan serangan udara yang berterusan melanda seluruh wilayah Gaza. Kekejaman ini telah menyebabkan peningkatan jumlah para syuhada’ yang terkorban, menjadi lebih dari 10,000 kematian dalam waktu yang singkat. 

Rejim penjajah Israel telah melakukan serangan udara dan tembakan secara bertubi-tubi di kawasan kem Jabalia, Beit Lahia, Karamah di utara Gaza, kem Bureij di tengah Gaza, Zaitun di timur Gaza, Tel al-Hawa dan Nasr di barat Gaza. 

Selain itu rejim penjajah Israel turut melancarkan pembantaian kejam di Khan Yunis, di mana 11 ahli keluarga Abu Hattab termasuk wartawan TV Palestine, Muhammad Abu Hattab, telah menjadi para syuhada’. Menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, beberapa kecederaan di kalangan mangsa yang dihantar ke Hospital Al-Quds di Gaza, adalah akibat pecahan kaca dalam bangunan akibat serangan rejim penjajah di sekitar hospital.

Jumlah korban rasmi terkini akibat keganasan ini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin pada hari Khamis adalah 9,227 syuhada, termasuk lebih dari 3,760 kanak-kanak dan 2,326 wanita, ditambah lagi dengan lebih daripada 32,000 orang yang cedera. Di kalangan angka syuhada itu, terdapat 135 warga kesihatan, 40 wartawan, 18 pegawai pertahanan awam, 49 imam dan pendakwah.

Menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza, sebanyak 35,000 unit perumahan telah dihancurkan sepenuhnya, manakala 212,000 unit perumahan mengalami kerosakan. Serangan rejim penjajah ini telah merosakkan lebih 85 bangunan kerajaan serta merosakkan lebih dari 214 buah sekolah.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,655,578
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....