000000
X
PALESTIN
Penganalisis Tentera Israel Akur Kehebatan Briged Al-Qassam, Jangka Israel Sukar Menang
Oleh: Abdur Rahman Raji
3 November 2023 | 10.20 malam
Penganalisis ketenteraan Yahudi, Tal Lev Ram, mengulas hari ini mengenai operasi darat rejim Israel, di mana peningkatan jumlah tentera Israel yang berjaya dibunuh oleh Briged Al-Qassam, telah menunjukkan kepada kejayaan Hamas atau Briged Al-Qassam dalam mengesan titik lemah rejim tentera Israel.

Lev Ram mengingatkan bahawa peristiwa tumpasnya Batalion 13 yang bergabung dalam Briged Golan adalah gambaran sebenar situasi di medan perang, apabila Briged Al-Qassam berjaya menggempur rejim tentera batalion tersebut dengan menggunakan dron, peluru berpandu, dan peluru anti-kereta kebal.

Menurut ulasan penganalisis ketenteraan Israel itu, yang diterbitkan melalui akhbar Israel Maariv, puluhan anggota bersenjata Hamas telah keluar dari terowong dan bertempur dengan rejim tentera Israel di kawasan yang sebelum ini berada di bawah kawalan Israel. 

Tambahnya lagi situasi ini menunjukkan bahawa Briged Al-Qassam telah beroperasi secara tersusun berdasarkan pelan yang telah dirancang pada tahun-tahun sebelumnya. Rangkaian terowong Briged Al-Qassam terbukti masih wujud dan berkesan, sekalipun agensi keselamatan Israel telah meramalkan bahawa Hamas akan berjuang di atas tanah dan bukan lagi di dalam terowong.

Lev Ram menyebut, "Jelas bahawa tentera (Israel) berdepan dengan pejuang yang berjuang dengan berani dan secara teratur, tanpa memberikan tanda penyerahan walaupun Gaza telah disasarkan dengan serangan udara selama hampir sebulan. Ini bermaksud bahawa tentera (Israel) akan menghadapi fasa yang sukar dengan banyak kecederaan, jika operasi darat terus berlanjutan."

Beliau mengakhiri artikelnya dengan mengatakan, "Pelan yang dilaksanakan oleh tentera (Israel) pada masa ini kelihatan lebih rendah daripada jangkaan dan kenyataan, kerana kesedaran bahawa fasa akan datang akan menjadi lebih sukar dan mencabar. Ini memerlukan kewujudan kestabilan sosial dan penyatuan dalam negara, serta kesedaran bahawa perang tidak akan berakhir dengan kemenangan 100% penuh, dan tidak mungkin untuk mengalahkan Hamas tanpa operasi darat atau berbicara mengenai pencapaian yang simbolik semata-mata."
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,663,014
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....