000000
X
PALESTIN
Semua Kerajaan Arab dan Islam Wajib Beri Bantuan Ketenteraan Pada Palestin
Oleh: Abdur Rahman Raji
1 November 2023 | 8.40 malam
Pertubuhan Ulama Islam Sedunia hari ini mengesahkan dalam fatwa syariah bahawa suatu kewajipan bagi mana-mana kerajaan dan tentera rasminya untuk mengambil tindakan segera dalam menyelamatkan Gaza dari pembunuhan etnik yang dihadapi umat Islam Palestin daripada rejim tentera penjajah Israel. 

Pertubuhan Ulama’ itu turut menyatakan dalam teks fatwa mereka: "Adalah wajib secara syariah bagi kerajaan-kerajaan dan tentera rasminya untuk terlibat segera dalam menyelamatkan Gaza daripada pembunuhan etnik dan pemusnahan menyeluruh, sebagai komitmen penuh terhadap tanggungjawab membantu Palestin dari segi agama, politik, undang-undang, dan moral, serta berdasarkan perjanjian antarabangsa dan kepentingan strategik wilayah dan ummah, serta sesuai dengan kuasa sah mereka ke atas rakyat." 

Dalam butir fatwa itu, Pertubuhan Ulama Islam Sedunia menegaskan bahawa kawasan-kawasan tentera dan pihak kerajaan yang perlu terlibat dalam membantu Gaza dengan peralatan dan kepakaran ketenteraan, adalah seperti berikut:

1. Di dalam wilayah Palestin, termasuk Pihak Berkuasa Palestin dan semua kumpulan perjuangan di Tebing Barat, serta negara-negara jiran yang bermula dengan Mesir, kemudian Jordan, Syria, dan Lubnan.

2. Keseluruhan negara-negara Arab dan Islam perlu berkerjasama dengan negara Palestin dan negara-negara jirannya dalam sebuah kesatuan yang mengatasi segala ketidakpastian atau kelemahan yang berlarutan selama beberapa dekad, yang telah menyebabkan penjajah untuk meneruskan jenayahnya yang tidak terhingga dan mengancam dengan kemusnahan menyeluruh serta kejatuhan di peringkat serantau.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,659,915
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....