000000
X
PALESTIN
Sembilan Tentera Rejim Israel Berjaya Dibunuh oleh Briged Al-Qassam
Oleh: Abdur Rahman Raji
1 November 2023 | 7.00 malam
Tentera Rejim Israel  hari ini mengumumkan bahawa sembilan orang tentera mereka telah terbunuh apabila Briged Al-Qassam berjaya menyerang sebuah kenderaan ketenteraan di bahagian utara Gaza. 

Menurut pengumuman tersebut, enam daripada jumlah sembilan tentera yang terbunuh itu adalah daripada Briged Elit Givati, manakala empat lagi tentera cedera dan mati akibat peluru berpandu yang ditembak ke atas kenderaan ketenteraan mereka di utara Gaza. 

Dengan ini, jumlah tentera rejim Israel yang terbunuh dan telah diumumkan dalam tempoh 24 jam telah meningkat kepada 12 kematian, setelah tentera rejim Israel mengumumkan kematian salah seorang tentera mereka semalam dalam pertempuran di Gaza. 

Menurut Jurucakap Al-Qassam, Abu Ubaidah, pejuang mujahidin Briged Al-Qassam berjaya merapatkan kedudukan dengan pasukan musuh di semua tempat serangan dan merosakkan 22 kenderaan ketenteraan termasuk dalam jumlah yang terkini, dengan Peluru Berpandu Yasin yang merupakan anti-kereta kebal.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,661,478
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....