000000
X
PALESTIN
Penganalisis Israel Pertikai Kemampuan Rejim Tenteranya Sendiri
Oleh: Abdur Rahman Raji
31 Oktober 2023 | 10.30 malam
Seorang penganalisis ketenteraam akhbar Ma'ariv, Tal Lev Ram, telah memberikan pandangan beliau hari ini mengenai perkembangan terkini dalam perang di Gaza, yang melibatkan operasi darat rejim Israel di Gaza, dengan mempertikaikan kemampuan rejim tentera Israel untuk mencapai matlamat perang yang ditetapkan oleh kerajaan Israel, iaitu untuk menumpaskan kemampuan tentera dan politik Hamas serta membebaskan tawanan. 

Beliau turut memberi amaran tentang beberapa faktor yang akan meningkatkan risiko operasi darat dan mungkin mengakibatkan kegagalan serta kesilapan yang boleh membawa kepada kematian beberapa askar kerana struktur yang kompleks dalam operasi di kawasan kediaman yang sempit dan kehadiran rangkaian terowong pertahanan yang dibina oleh Hamas. Ini akan memaksa rejim tentera untuk memasuki secara beransur-ansur dan perlahan-lahan, yang mungkin akan mengambil masa yang panjang yang mungkin tidak tersedia bagi Israel menurut pandangannya. 

"Israel masih berpegang kepada pandangan bahawa meneruskan tekanan tentera ke atas Hamas adalah cara untuk meningkatkan peluang mencapai perjanjian pertukaran tawanan, namun agensi keselamatan telah meragui kemungkinan mencapai perjanjian yang komprehensif dan percaya bahawa peluang lebih besar untuk mencapai perjanjian pertukaran separa yang melibatkan orang awam." kata Lev Ram. 

Beliau menyatakan lagi, "Perbincangan mengenai pencapaian semasa operasi darat yang terhad itu masih sukar difahami dan akan menjadi lebih jelas dalam tempoh akan datang, “ sekaligus Lev Ram menekankan bahawa masyarakat Israel akan berhadapan dengan hari-hari sukar dengan pemimpin politik yang mempertahankan pandangan mereka untuk terus mengekalkan tekanan ketenteraan bagi membebaskan tawanan sementara Hamas akan melakukan usaha untuk membuktikan sebaliknya.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,662,357
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....