000000
X
PALESTIN
Al-Qassam Berjaya Mematahkan Operasi Rejim Israel di Selatan Gaza
Oleh: Abdur Rahman Raji
31 Oktober 2023 | 9.22 malam
Briged Al-Qassam hari ini menyerang sebuah kenderaan tentera rejim Israel semasa mereka cuba menjalankan operasi di dalam wilayah Gaza. Organisasi ketenteraan Palestin itu juga menyatakan dalam kenyataan di platform Telegram bahawa para pejuangnya bertempur dengan rejim tentera Israel yang cuba menyusup masuk ke dalam kawasan selatan Gaza. 

Briged Al-Qassam turut menyebut bahawa berlaku pertempuran berbalas tembakan dan para mujahidin berjaya menghujani 4 kenderaan rejim penjajah dengan peluru berpandu Yasin 105 serta perangkap letupan.

Selain itu, para pejuang mujahidin Briged Al-Qassam telah meletupkan sebuah kenderaan Zionis di timur Irez dengan sebuah perangkap letupan dan peluru Yasin 105. Briged itu juga mengumumkan pada Isnin semalam bahawa mereka telah memperbaharui serangan roket ke atas Tel Aviv sebagai tindak balas terhadap pembunuhan yang dilakukan oleh rejim tentera Israel terhadap penduduk wilayah Gaza.

Briged Al-Qassam juga mengumumkan bahawa mereka menyasarkan dua kenderaan Israel yang menyusup masuk ke dalam kawasan Az-Zaytun di timur bandar Gaza dengan peluru Yasin 105. 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,661,746
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....