000000
X
PALESTIN
Rejim Israel Berundur dari Jalan Salahuddin setelah Diserang Mujahidin
Oleh: Abdur Rahman Raji
30 Oktober 2023 | 11.12 malam
Ketua Pejabat Media Kerajaan di Gaza, Salama Ma'ruf, mengatakan bahawa tiada apa-apa pergerakan ketenteraan darat oleh rejim penjajah Israel dalam kawasan kediaman Gaza, dan apa yang berlaku di Jalan Salahuddin adalah hanya penyusupan beberapa kereta kebal tentera rejim di kawasan pertanian terbuka di kawasan Juhar al-Dik. 

Beliau menambah lagi bahawa kenderaan tentera itu menyerang dua kereta orang awam di Jalan Salahuddin dan menjalankan beberapa operasi di jalan tersebut sebelum tentera rejim menerima serangan balas daripada pihak mujahidin dan terpaksa berundur. 

Salama Ma’ruf turut mengesahkan bahawa tiada lagi kenderaan tentera rejim penjajah di Jalan Salahuddin dan pergerakan para penduduk telah kembali kepada keadaan biasa. Beliau menjelaskan bahawa apa yang berlaku menunjukkan bahawa tentera rejim Israel tidak dapat berada di mana-mana kawasan di dalam Gaza di bawah serangan pihak mujahidin, walaupun ia adalah kawasan pertanian terbuka bahkan situasi tersebut hanyalah cubaan pihak rejim penjajah untuk mencipta gambaran palsu tentang kehadiran tentera mereka di dalam kawasan-kawasan Gaza. 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,663,529
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....