000000
X
PALESTIN
Bilangan Kematian di Gaza Meningkat ke Angka 8005 Syahid
Oleh: Abdur Rahman Raji
30 Oktober 2023 | 10.22 malam
Jenayah penjajahan di Gaza semakin meningkat dengan masuknya serangan rejim Israel pada hari yang ke-24, yang menyasarkan lebih banyak kawasan perumahan di Gaza, dan melakukan serangan udara terutamanya di kawasan utara Gaza. 

Menurut Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf al-Qudra, dalam sidang akhbar yang diadakan di Kompleks Perubatan Shifa, mengatakan bahawa bilangan syuhada meningkat kepada 8005, termasuk 3342 kanak-kanak, 2062 wanita, dan 460 warga tua, dengan 20242 lagi warga cedera dengan pelbagai tahap kecederaan. 

Al-Qudra turut mengungkapkan bahawa rejim penjajah telah melakukan 56 ledakan bom secara beramai-ramai dalam beberapa jam yang lalu hingga mengorbankan 302 syuhada. Beliau menekankan bahawa rejim penjajah telah sengaja menyasarkan keluarga secara keseluruhan, yang mengakibatkan hilangnya 881 keluarga. 

Menurut sumber tempatan, pesawat perang rejim penjajah telah mengebom beberapa kawasan di Beit Lahia, Jabalia, dan Beit Hanoun di bahagian utara Gaza, serentak dengan pemutusan rangkaian Internet dan komunikasi di kawasan-kawasan tersebut. Sumber-sumber tempatan ini juga mengatakan bahawa pesawat perang rejim penjajah telah melancarkan siri serangan udara dahsyat di timur Beit Lahia dan timur Jabalia. 

Dalam masa yang sama, Briged Al-Qassam dan Saraya al-Quds telah menegaskan bahawa kumpulan mujahidin masih terus menyasarkan batalion tentera rejim penjajah dengan tembakan meriam dan peluru berpandu.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,661,872
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....