000000
X
PALESTIN
Angka Kematian Gaza Meningkat 7326 Syuhada’, 3038 Daripadanya Kanak-Kanak
Oleh: Abdur Rahman Raji
28 Oktober 2023 | 10.30 malam
Bilangan angka kematian rakyat Palestin disebabkan serangan rejim tentera Israel ke atas Gaza, telah meningkat kepada 7326 orang syahid, termasuk 3038 kanak-kanak, 1726 wanita, dan 414 warga emas sejak 7 Oktober.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf Al-Qudra, dalam sidang media, menyatakan bahawa jumlah syuhada’ dari kalangan kakitangan kesihatan pula mencapai 104 orang, serta serangan rejim Israel telah mengakibatkan kerosakan 25 ambulans dan menyekat operasi dan perkhidmatan perubatan. Beliau turut mengesahkan bahawa rejim tentera Israel dengan sengaja menyerang 57 institusi kesihatan termasuk menghentikan operasi 12 hospital dan 32 pusat penjagaan kesihatan asas dengan cara  serangan pengeboman atau memotong bekalan bahan api. 

Ashraf Al-Qudra menyatakan lagi bahawa rejim tentera Israel telah melakukan 772 pembunuhan ke atas keluarga, dengan ramai lagi mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan. Kementerian Kesihatan juga menerima 1700 laporan mengenai orang yang hilang, termasuk 940 kanak-kanak yang masih terkubur di bawah runtuhan. Beliau juga memberitahu bahawa dalam beberapa jam terkini sahaja, tentera Israel telah melakukan 41 serangan pembunuhan yang meragut nyawa 298 orang syahid, di mana kebanyakan daripadanya adalah orang pelarian yang tinggal di selatan Gaza, yang rejim tentera Israel mendakwa sebagai kawasan selamat.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,666,800
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....