000000
X
PALESTIN
Rejim Israel Mahu Bom Hospital Gaza Sekali Lagi - Hamas
Oleh: Abdur Rahman Raji
28 Oktober 2023 | 9.00 malam
Hamas telah mengeluarkan amaran petang semalam mengenai penyebaran pembohongan oleh rejim penjajah Israel mengenai penggunaan Hospital Al-Shifa di Gaza bagi tujuan ketenteraan Hamas.

Hamas menegaskan bahawa tuduhan ini sedang membuka jalan bagi tujuan serangan rejim terhadap hospital tersebut. Hamas menyatakan, “Kami dengan tegas menolak dakwaan pihak penjajah yang mengatakan Hospital Al-Shifa digunakan untuk tujuan ketenteraan atau terdapat pemimpin Hamas di dalamnya”.

Hamas juga telah menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta negara-negara Arab dan Islam untuk segera campur tangan menghentikan kegilaan pengeboman dan pemusnahan sistem perubatan serta menghentikan jenayah-jenayah ini yang telah mencemarkan martabat kemanusiaan dan masih berterusan berlaku di Gaza hingga saat ini. 

Organisasi pembebasan Palestin itu juga menegaskan bahawa tuduhan palsu ini mengesahkan serangan oleh pihak rejim penjajah terhadap Hospital Al-Ahli al-Muammarin dan menyalahgunakan cerita sebelum ini.

Mereka juga menekankan bahawa tuduhan palsu yang dikeluarkan dalam kenyataan jurucakap tentera penjajah Israel adalah sebuah jenayah yang serius dan membuka jalan kepada serangan terhadap hospital utama yang merawat ribuan pesakit yang cedera dan menampung lebih dari 40,000 orang pelarian Gaza.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,659,592
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....