000000
X
PALESTIN
Israel Rancang 2 Tahun Lepas Bagi Serangan Gaza, Hamas Akhirnya Serang Dulu
Oleh: Abdur Rahman Raji
27 Oktober 2023 | 10.50 malam
Yossi Yahoshua, seorang penganalisis ketenteraan dari akhbar Israel Yedioth Ahronoth menyatakan bahawa rancangan untuk menyerang wilayah Gaza telah dirancang selama dua tahun, tetapi Hamas menggagalkannya dan menyerang tentera Israel terlebih dahulu.

 Yahoshua menjelaskan bahawa dalam tempoh dua tahun yang lalu, latihan telah dijalankan untuk rancangan penyerbuan Gaza di sebuah fasiliti khusus di pangkalan tentera Tzahalim  dengan penyertaan unit-unit elit, bahkan unit-unit yang telah dilatih untuk rancangan ini adalah kumpulan paling elit yang pernah diwujudkan. Atas itu Yaoshua menyatakan kekesalannya sekiranya unit tersebut tidak mencukupi untuk menangani Hamas, maka Tentera Israel perlu ditutup dan negara (Palestin) boleh ditinggalkan.

Sebelum ini, Briged Al-Qassam telah melancarkan Operasi Taufan al-Aqsa bermula pada Sabtu, 7 Oktober, yang melibatkan serangan meluas terhadap lokasi dan penempatan rejim penjajah di sempadan Gaza, hingga mengakibatkan kematian beratus-ratus tentera penjajah.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,656,910
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....