000000
X
PALESTIN
Al-Qassam Berjaya Halang Operasi Tentera Rejim Israel di Selatan Gaza
Oleh: Abdur Rahman Raji
27 Oktober 2023 | 9.40 malam
Briged Al-Qassam hari ini mengumumkan bahawa mereka berjaya menghalang percubaan rejim tentera Israel yang menjalankan operasi ketenteraan di pantai Rafah di selatan Gaza. 

Menurut kenyataan ketenteraan organisasi jihad itu, " Kehendak musuh untuk menjalankan operasi ketenteraan di pantai Rafah selatan Gaza telah dikesan pada awal pagi hari Jumaat, 27 Oktober 2023, tetapi cubaan tersebut telah dikesan oleh mujahidin kami yang segera bertindak balas dan melibatkan satu pertempuran dengan musuh. Hal ini mengakibatkan intervensi rejim tentera udara Zionis yang menyelamatkan pasukan tersebut, kemudian melarikan diri ke arah laut, serta meninggalkan sejumlah bekalan peluru."

Sebelum ini bekas Penasihat Pentagon, Douglas MacGregor, mengesahkan bahawa satu pasukan tentera khas Amerika telah hancur apabila cuba memasuki Gaza dalam beberapa hari yang lepas. MacGregor menjelaskan bahawa sebuah pasukan tentera khas Amerika dan Israel telah diserang ketika cuba mengesan lokasi tahanan, serta menambah, "Dalam tempoh 24 jam yang lepas atau lebih, sebahagian daripada pasukan tentera khas kita (Amerika) dan Israel telah masuk ke Gaza bagi pengintipan dan mengenal pasti cara untuk membebaskan tahanan, namun mereka telah ditembak."

Bekas Penasihat Pentagon itu turut menekankan bahawa beliau tidak dapat membayangkan kemenangan Israel dalam bentuk apa pun, tetapi tetap menganggap konflik ini sangat berbahaya bagi Amerika itu sendiri disebabkan ancaman peperangan dengan Iran.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,661,833
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....