000000
X
PALESTIN
Pertempuran Sebenar Bakal Berlaku Tanpa Rejim Israel Sedar - Hamas
Oleh: Abdur Rahman Raji
26 Oktober 2023 | 12.00 malam
Naib Ketua Biro Politik Hamas, Saleh Al-Arouri, bertegas bahawa pertempuran sebenar akan dimulakan dalam situasi di mana musuh rejim akan menyedarinya atau tanpa disedari, dan musuh akan menyesal atas jenayah yang telah mereka lakukan. 

Dalam wawancara di saluran televisyen Al-Manar, Al-Arouri berkata, "Kita sedang menyaksikan peristiwa kepahlawanan di Lubnan terhadap penjajah di mana pertempuran harian berlaku dan para syuhada terus gugur setiap hari daripada Hezbollah, Saraya Al-Quds, dan Briged Al-Qassam." 

"Balasan terhadap jenayah penjajahan akan muncul, dan kita beritahu kepada rakyat kita bahawa perjuangan kami dalam keadaan baik sekalipun menghadapi segala pertempuran dengan musuh, dan perjuangan kami akan menggembirakan hati anda imbal balik dengan penderitaan anda sekalipun musuh melancarkan serangan darat." tambah Al-Arouri dalam wawancara itu.

 "Jika musuh melancarkan serangan darat, maka akan ada lembaran baru dan kejayaan bagi rakyat kami, dan itu akan menjadi kekalahan yang belum pernah terjadi sebelum ini dalam sejarah konflik (dengan rejim Zionis)." 

Naib Ketua Biro Politik Hamas itu juga menegaskan, "Tahanan asing yang kami miliki adalah tetamu, sementara tawanan Zionis pula akan ditukar dengan tawanan kami dan saudara-saudara kami." 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,660,169
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....