000000
X
PALESTIN
Jangan Tinggalkan Gaza Berseorangan Lawan Perang Genosid Amerika-Israel
Oleh: Abdur Rahman Raji
26 Oktober 2023 | 11.30 malam
Kumpulan Islam Universiti dan Institusi Palestin di Tebing Barat menyeru semua pihak turun bersama dalam protes kemarahan di seluruh kawasan Tebing Barat dan pos-pos ketenteraan rejim penjajah Israel. 

Berdasarkan slogan ‘Buka Pintu Gerbang Rafah dan Hentikan Perang Genosid Gaza’, kumpulan tersebut menekankan keperluan untuk bergerak, menyertai, dan terlibat dalam protes dan konfrontasi dengan rejim penjajah di pos-pos ketenteraan. 

"Kita mengajak anggota gerakan pelajar dan rakyat kita untuk berdiri membela Gaza dengan bangga dan jangan tinggalkannya seorang diri menghadapi mesin penindasan Zionis-Amerika yang menyasarkan anak-anak kita, wanita, dan warga tua," tambah kenyataan kumpulan tersebut.

Seruan Kumpulan Islam ini hadir seiring dengan panggilan lain yang dikeluarkan oleh Hamas dan organisasi-organisasi peringkat nasional untuk penyertaan besar-besarakan pada Jumaat di bawah slogan "Buka Pintu Gerbang Rafah dan Hentikan Perang Genosid di Gaza." 

Majlis Pelajar di universiti-universiti Tebing Barat turut mengumumkan penangguhan kelas, sama ada secara fizikal atau dalam talian, sebagai tanda sokongan kepada Gaza yang menghadapi perang genosid itu. Beberapa ahli dan penyokong Kumpulan Islami turut ditangkap oleh rejim penjajah, antaranya adalah pelajar-pelajar dari Universiti Hebron dan Universiti An-Najah.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,658,297
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....