000000
X
PALESTIN
Rejim Israel Tolak untuk Tawanan Mereka Dibebaskan - Briged Al-Qassam
Oleh: Abdur Rahman Raji
24 Oktober 2023 | 10.45 malam
Briged Al-Qassam telah memberitahu Qatar bahawa pihak mereka ingin melepaskan tawanan Israel, Nurit Yitzhak dan Yocheved Livschitz, atas sebab-sebab kemanusiaan, tetapi Israel telah menolak tawaran tersebut atas alasan menggambarkan tuntutan ini sebagai propaganda palsu.

“Kami akan melepaskan Nurit Yitshaq dan Yokhefed Lifshitz atas sebab-sebab kemanusiaan dan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Walau bagaimanapun, kerajaan penjajah Israel menolak untuk menerima mereka,” kata jurucakap Briged Al-Qassam, Abu Ubaidah.

Pada awal minggu ini, tawanan Judith dan Natalie Raanan telah dilepaskan oleh Briged Al-Qassam, dan rejim Israel mengesahkan bahawa mereka telah menerima kedua-dua tawanan ibu dan anak itu di sempadan Gaza, serta menjadi tawanan pertama yang dilepaskan sejak permulaan perang.

Pemimpin Hamas turut menyatakan bahawa tawanan awam akan dibebaskan apabila rejim Israel menghentikan pengeboman dan serangan udara.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,663,028
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....