000000
X
PALESTIN
7 Anggota Keluarga Palestin Syahid Dibom Rejim Israel
Oleh: Abdur Rahman Raji
24 Oktober 2023 | 9.42 malam
Pengeboman bertalu-talu oleh jet rejim penjajah Israel semalam telah mengorbankan 27 nyawa anggota keluarga Palestin di Rafah.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, terdapat satu keluarga yang mana seluruh ahlinya telah syahid akibat serangan bom ganas rejim Israel ke atas rumah mereka di kawasan Rafah di selatan Semenanjung Gaza.

Kekejaman Israel berterusan pada hari ini masuk ke hari ke-18 secara berturut-turut, dengan pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga Palestin akibat serangan langsung oleh Israel ke atas rumah-rumah orang awam, hospital, dan sekolah tanpa sebarang amaran.

Mengikut kenyataan oleh jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf Al-Qedra, bilangan syuhada’ Palestin yang terkorban dalam kekejaman Israel ke atas Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 5,087 syuhada, termasuk 2,055 kanak-kanak, 1,119 wanita, dan 217 warga emas, selain daripada 15,273 penduduk yang cedera.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,660,162
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....