000000
X
PALESTIN
Kematian Wartawan Palestin yang Dibunuh oleh Rejim Haram Israel adalah Satu Bentuk Jenayah dan Pelanggaran Undang-Undang Antarabangsa.
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
23 Oktober 2023 | 11.45 pagi
TEBING BARAT - Sekurang-kurangnya 18 wartawan Palestin terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober lalu dengan purata lebih daripada seorang wartawan setiap hari dan telah melakukan pelanggaran undang-undang antarabangsa yang teruk dan kejam kata ActionAid dalam satu kenyataan semalam.

Mangsa terbaharu ialah Rushdi Sarraj, seorang wartawan jurugambar Palestin yang terbunuh pada Ahad lalu apabila rumahnya dibom rejim haram Israel, menurut kenyataan tersebut.

“Wartawan Palestin dengan berani telah mendokumentasikan insiden-insiden pengeboman Gaza sejak dua minggu lalu dengan risiko peribadi yang besar supaya dunia dapat menyaksikan kemusnahan yang menimpa penduduk awam di Palestin dan kekejaman rejim haram Israel. Tiada wartawan asing dibenarkan masuk ke negara ini sejak 7 Oktober ketika bermulanya perang.

Mereka terus bekerja walaupun menghadapi ancaman dan kesukaran yang sama seperti 2.2 juta penduduk Gaza yang lain. Kami  tertanya-tanya di mana mereka boleh mendapatkan jaminan keselamatan dalam keadaan serangan udara yang berterusan, di mana mereka boleh mencari makanan atau air bersih untuk diminum, dan tidak pasti sama ada mereka dan keluarga mereka akan Bertahan pada hari itu katanya.

“Di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, wartawan perlu dilindungi, sebagai orang awam  daripada serangan yang disengajakan. ActionAid menyeru gencatan senjata segera untuk melindungi para wartawan dan semua orang awam di Gaza’’.

Riham Jafari, Penyelaras Advokasi dan Komunikasi di ActionAid Palestine berkata: “Wartawan Palestin di Gaza meletakkan nyawa mereka dalam risiko yang tinggi dan tetap meneruskan liputan media mereka di Gaza walaupun serangan udara yang berterusan oleh rejim haram Israel. Mereka tiada perlindungan dan jaminan keselamatan, komunikasi terganggu, dan bekalan elektrik terputus.

  “Kami merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk segera campur tangan bagi menyiasat serangan ke atas wartawan dan media di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Tindakan menyerang wartawan adalah pencabulan hak untuk hidup dan kebebasan bersuara.

“Wartawan di Gaza adalah orang awam dan mereka mesti dilindungi untuk meneruskan kerja mereka tanpa gangguan, serta membolehkan orang di seluruh dunia mengetahui realiti kekejaman dan peyeksaan rejim haram Israel terhadap Palestin dan peperangan yang sedang berlaku’’.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,659,074
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....