000000
X
PALESTIN
Rejim Israel Terima 45 Pesawat Kargo Bantuan Senjata, Alat Ketenteraan
Oleh: Abdur Rahman Raji
22 Oktober 2023 | 7.15 malam
Kementerian Pertahanan Israel mengumumkan bahawa Tel Aviv telah menerima bekalan dari 45 pesawat kargo yang dimuatkan dengan senjata dari luar negara, tanpa menyebutkan sumber bekalan ketenteraan tersebut, seperti yang dilaporkan oleh Business Insider.

Kementerian itu melaporkan dalam satu kenyataan bahawa sejak 7 Oktober sebanyak 45 pesawat kargo telah tiba di wilayah haram Israel, serta mengumumkan ketibaan terbaru satu lagi pesawat kargo ke Lapangan Terbang Ramon berdekatan Eilat pada pagi Jumaat.

Kenyataan itu menunjukkan bahawa penghantaran bekalan ketenteraan yang diterima hari ini termasuk ambulans ketenteraan, peralatan perubatan untuk kegunaan tentera Israel, dan pelbagai sumber lain adalah bagi meningkatkan keupayaan dan kesiapsiagaan ketenteraan rejim Israel..

Kementerian Pertahanan Israel mengesahkan bahawa kira-kira 1,000 tan senjata, termasuk pelbagai jenis senjata, telah tiba di Israel, bagi menyokong rancangan serangan ketenteraan Israel.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,667,697
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....