000000
X
PALESTIN
130 Bayi Baru Lahir Di Gaza Berdepan Ancaman Kematian
Oleh: Abdur Rahman Raji
22 Oktober 2023 | 6.08 petang
Sebanyak 130 bayi yang baru dilahirkan di Gaza berdepan dengan ancaman kematian selepas Israel memotong bekalan bahan api dan menghalang laluan bantuan ke Gaza dengan serangan bertalu-talu dan secara berterusan. Sementera itu,  pengeboman di Gaza terus berlanjutan dan kanak-kanak tetap menjadi mangsa yang tidak berdosa dalam jenayah perang yang kejam ini.

Menurut Defence for Children International Palestine, lebih daripada 1,600 kanak-kanak Palestin di Gaza telah terbunuh oleh pasukan Israel sejak 7 Oktober manakala kanak-kanak yang masih hidup terpaksa menanggung trauma fizikal dan emosi akibat pengeboman Israel yang bertubi-tubi..

Walaupun 20 trak makanan, ubat-ubatan, dan air telah dibenarkan masuk ke Gaza, ketiadaan elektrik atau bahan api untuk menjalankan loji kuasa tempatan atau jentera penjana, atau bantuan kepada penduduk di bahagian utara, tetap dalam keadaan yang sangat kritikal..

Doktor-doktor di Gaza melaporkan bahawa mereka tidak dapat merawat kanak-kanak dan pesakit lain kerana kapasiti hospital-hospital telah dipenuhi dengan mangsa serangan udara Israel. Lima hospital dilaporkan kini berada di luar perkhidmatan kerana jumlah mangsa Palestin terus meningkat di seluruh Semenanjung Gaza.

Sekurang-kurangnya 4,385 orang Palestin, termasuk 1,756 kanak-kanak dan 967 wanita, telah terbunuh dan lebih daripada 13,561 cedera dalam serangan udara Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,654,920
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....