000000
X
PALESTIN
Bantuan Gaza : Hamas Desak untuk Pintu Rafah Dibuka Segera dan Secara Berterusan
Oleh: Abdur Rahman Raji
20 Oktober 2023 | 9.30 malam
Gerakan Hamas telah menyeru untuk perbatasan Rafah dibuka secara tetap dan berterusan bagi mengangkut pesakit untuk rawatan dan mengalirkan bantuan ke seluruh kawasan Gaza, dari utara ke selatan. Dalam kenyataan itu, gerakan Hamas turut menjelaskan bahawa hampir 500 trak telah masuk ke wilayah Gaza setiap hari selama tujuh belas tahun di bawah sekatan dan pengepungan, yang jauh di bawah tahap minimum yang diperlukan dan angka yang sewajarnya. 

Gerakan pembebasan Palestin itu juga turut menyatakan bahawa kebenaran bagi 20 trak sahaja untuk masuk ke Gaza adalah satu percubaan Amerika-Zionis bagi menimbulkan kebingungan dan membolot perhatian orang ramai terhadap penyelesaian krisis kemanusiaan yang teruk, serta usaha dakyah untuk memperindahkan imej penjajahan yang keji dengan sokongan Amerika yang menjijikkan.

Gerakan itu juga turut menekankan bahawa strategi pengedaran bantuan hanya di kawasan selatan Gaza sahaja, adalah satu langkah yang membolehkan pihak rejim untuk terus menekan penduduk Gaza supaya berpindah dari utara ke selatan di bawah hujan tembakan yang memusnahkan dan rangkaian pembunuhan kejam, dengan tujuan mengusir mereka ke Mesir dalam suasana tembakan secara lansung. Ini adalah perkara yang berulang dan kerap dilakukan oleh pasukan penjajah Israel dan Amerika Syarikat.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,658,137
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....