000000
X
PALESTIN
Amerika-Israel Gagal Capai Dokongan Antarabangsa dan Negara Arab - Haniyeh
Oleh: Abdur Rahman Raji
20 Oktober 2023 | 8.40 malam
Ketua Sayap Politik Hamas, Ismail Haniyeh, menyatakan bahawa pentadbiran Amerika Syarikat telah gagal dalam menyediakan dokongan antarabangsa dan serantau terhadap usaha keganasan Israel serta gagal capai sokongan rasmi negara Arab bagi mengusir rakyat Gaza. Dalam ucapan televisyen, Haniyeh mengajak rakyat Palestin dan umat Islam untuk berhimpun di bawah slogan "Hentikan Serangan ke atas Gaza, Tolak Pengusiran atau Tanah Alternatif”.

Pemimpin Hamas itu menjelaskan bahawa pihak pejuang pembebasan Palestin masih mengawal rentak pertempuran ini, walaupun berlaku kekejaman pihak penjajah dan operasi pembunuhan yang dilakukan sewenang-wenangnya ke atas rumah-rumah dan hospital Gaza. Ini adalah jenayah-jenayah yang sedang diperhatikan oleh seluruh dunia dan ia sekali lagi mendedahkan sifat musuh Israel yang kejam, fasis, dan pembunuh, di mana ramai daripada syuhada, bahkan beratus-ratus daripada mereka, adalah terdiri daripada kanak-kanak, wanita, dan warga emas.

Ismail Haniyeh menegaskan bahawa keganasan ini turut meluas ke Tebing Barat dan kini berlakunya kes pembunuhan di kem Khatib al-Nour, bahkan turut merebak ke Selatan Lubnan. 

Ketua Sayap Politik Hamas itu turut menghargai gerakan rakyat yang telah berlaku sepanjang beberapa hari dan malam yang lalu serta mengatakan bahawa Gaza bukanlah sendirian, dengan menambah, "Kita harus bertindak dengan berani dan kuat dalam gerakan rakyat dan berfikir di luar kotak serta menetapkan parameter. Kita tidak boleh membiarkan musuh menguasai Baitul Maqdis dan Masjidil Aqsa mahupun darah rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,654,867
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....