000000
X
PALESTIN
Puluhan Ribu Rakyat Algeria Berhimpun Sebagai Solidariti Menyokong Palestin
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
20 Oktober 2023 | 10.15 pagi
ALGERIA - Puluhan ribu rakyat Algeria berhimpun di jalan raya semalam sebagai solidariti menyokong rakyat Palestin dan mengecam serangan ganas rejim haram Israel yang berterusan ke atas Gaza. 

Protes bermula dari Dataran Pertama Mei ke Dataran sejauh lima kilometer, menyaksikan perhimpunan  berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan yang melaungkan slogan "Palestin, bumi para syuhada dan  Rakyat Algeria berdiri bersamamu, Palestin"

Para penunjuk perasaan juga memegang sepanduk dalam bahasa Arab dan Inggeris yang berbunyi, "Tidak kepada pembunuhan kanak-kanak, wanita, dan orang awam. Di manakah hak asasi manusia?" sambil mengibarkan bendera Palestin yang dibawa bersama bendera Algeria.

Pelbagai parti politik, kesatuan sekerja, pertubuhan awam, dan Kesatuan Pekerja Algeria telah menggesa demonstrasi Khamis lalu untuk menyokong Palestin. Saluran televisyen rasmi Algeria juga menyiarkan perhimpunan ini secara langsung.

Bendera Palestin dikibarkan bersama bendera Algeria di seluruh ibu negara, menghiasi balkoni bangunan yang menghadap ke laluan demonstrasi.

Demonstrasi yang sama juga berlaku di bandar-bandar seperti Oran, Constantine, Ouargla, Tindouf, Batna, dan lain-lain.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,658,988
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....