000000
X
PALESTIN
Seorang Wanita Muda Palestin Antara yang Terbunuh dalam Serangan Rejim Haram Israel ke atas Sebuah Gereja.
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
20 Oktober 2023 | 9.35 pagi
GAZA - Seorang wanita Palestin terbunuh dan yang lain cedera dalam serangan udara oleh rejim haram Israel malam semalam yang menyasarkan Gereja Ortodoks Saint Porphyrius di kawasan kejiranan Al-Zaytoun di Bandar Gaza. Gereja itu telah menjadi tempat perlindungan bagi ratusan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal akibat serangan ganas rejim Israel.

Wartawan pemberita melaporkan bahawa kapal terbang Israel menyerang gereja dengan peluru berpandu, mengakibatkan kematian seorang wanita muda dan ramai yang lain mengalami kecederaan pada tahap yang berbeza-beza. Serangan itu juga menyebabkan kemusnahan teruk pada bahagian bangunan gereja, dengan struktur bersebelahan musnah sepenuhnya.

Sumber tempatan menyatakan bahawa serangan udara itu membawa kepada keruntuhan bangunan Majlis Ejen Gereja yang menempatkan beberapa keluarga Palestin, serta penganut agama Kristian dan Islam yang mencari perlindungan di gereja semasa serangan Israel yang berterusan. Lebih ramai mangsa dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan, kerana pasukan penyelamat dan perubatan bekerja tanpa henti untuk mejejaki mereka.

Gereja Ortodoks Saint Porphyrius terletak hanya beberapa meter dari Hospital Al Ahli Baptist yang bergabung dengan Gereja Episcopal Anglikan di Baitulmaqdis, tempat dimana pesawat perang Israel melakukan serangan dan mengakibatkan ratusan orang awam serta kanak-kanak terbunuh dalam satu masa yang sama pada  Selasa lalu. 

Hospital, sekolah, masjid dan gereja di Semenanjung Gaza tidak terlepas daripada menjadi sasaran Israel untuk terus menyerang sejak awal Oktober lalu. Menurut undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan, hospital ialah antara tempat yang perlu dilindungi, dan melakukan serangan ke atasnya merupakan jenayah perang.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,660,216
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....