000000
X
PALESTIN
Bekas Menteri Wanita Gaza Gugur Syahid Dalam Siri Serangan Rejim Israel
Oleh: Abdur Rahman Raji
19 Oktober 2023 | 9.00 malam
Dr Jamilah Ash-Shanti, salah seorang anggota dalam Biro Politik Hamas, telah syahid akibat serangan berterusan ke atas Gaza bagi hari ke-13 secara berturut-turut. 

Peristiwa tersebut disahkan oleh kerajaan Palestin, yang turut menyebut As-Syahidah Jamilah Ash-Shanti, sebagai pengasas pergerakan wanita Hamas dan ahli wanita pertama dalam Biro Politik organisasi tersebut. Ash-Shanti, yang berusia 68 tahun, memperoleh gelar doktor dalam bidang Pentadbiran Pendidikan pada tahun 2013 dari Kolej Farah bagi Sains Keluarga di Universiti Dubai di Emiriah Arab Bersatu UAE.

Beliau turut terpilih sebagai ahli Majlis Undangan Rakyat bagi Blok Perubahan dan Reformasi dibawah naungan Hamas pada tahun 2006. Pada tahun 2013 pula, Ash-Shanti diangkat sebagai Menteri Wanita dalam kerajaan Hamas yang ketika itu sedang mentadbir Gaza. Namanya menjadi terkenal pada 3 November 2006 apabila berjaya memimpin perhimpunan wanita yang berjaya menembusi pengepungan yang diletakkan oleh tentera penjajah di masjid sekitar bandar Beit Hanoun di utara Gaza. Tiga hari kemudian, rumahnya menjadi sasaran serangan udara Israel, mengakibatkan syahidnya isteri saudara lelaki, Nahla Ash-Shanti, serta dua individu lain yang berada berdekatan dengan rumah itu, sementara beliau terselamat kerana tiada dalam rumah tersebut. 

Namun, dalam perang Gaza kalini, setelah berlaku serangan berterusan oleh Israel selama 13 hari, rumahnya turut disasarkan dan Dr Jamilah As-Shanti akhirnya gugur syahid.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,664,005
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....