000000
X
PALESTIN
Hamas Seru umat Islam Demo Jumaat Ini, Tuntut Bela Darah Syuhada Gaza
Oleh: Abdur Rahman Raji
19 Oktober 2023 | 8.00 malam
Hamas telah mengeluarkan seruan untuk rakyat Palestin di Tebing Barat, Baitul Maqdis, dan wilayah-wilayah yang dijajah untuk terus bergerak dalam demonstrasi umum pada hari Jumaat ini. Umat Islam di kawasan Tebing Barat juga turut diseru untuk berterusan melakukan ibadah dan jihad perjuangan di Masjid al-Aqsa, serta berhadapan dengan penjajah dan pelampau Yahudi sebagai tuntut bela atas darah syuhada di Gaza dan sebagai jalan kemenangan bagi Baitul Maqdis dan Al-Aqsa.

Hamas juga mengajak rakyat Arab yang lain serta warga Palestin di kem-kem pelarian dan diaspora untuk berkumpul di sempadan Palestin yang dijajah dan mengumumkan solidariti dengan Gaza serta perjuangan gagah berani yang ditonjolkan. 

Hamas meminta warga penduduk dunia dan umat Islam seluruhnya untuk turun dalam perhimpunan besar di semua bandar dan ibu kota sebagai tanda solidariti dengan rakyat Palestin di Gaza, serta bagi mengutuk dan mengecam jenayah dan pembunuhan Israel terhadap kanak-kanak, wanita, dan orang awam yang tidak bersalah.

 "Jadikan semua hari-hari yang akan datang sebagai hari kemarahan di mana-mana, sebagai tanda solidariti dengan rakyat Gaza yang gagah berani. Dan biarlah rejim Zionis dan penyokong serta pelindung pengganas dan keganasan mereka dapat melihat bahawa Palestin, Gaza, Baitul Maqdis, dan Masjid al-Aqsa yang mulia memiliki para pejuang yang akan memenuhi panggilan untuk bantuan dan solidariti, dan menyatakan bahawa darah Gaza adalah darah mereka." jelas gerakan Islam itu dalam kenyataan medianya.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,659,668
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....