000000
X
PALESTIN
Hospital Gaza Dibom : Jordan Batal sidang Mesyuarat dengan Amerika
Oleh: Abdur Rahman Raji
18 Oktober 2023 | 9.15 malam
Menteri Luar Negeri Jordan, Ayman Safadi, mengumumkan pada Selasa mengenai pembatalan sidang empat negara yang seharusnya diadakan pada hari ini antara Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, Raja Jordan, Raja Abdullah II, Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas. 

Safadi menjelaskan dalam kenyataan medianya bahawa lawatan Presiden Biden dan sidang empat negara yang seharusnya diadakan di Amman, tidak akan berlaku selepas peristiwa pengeboman kejam di Hospital al-Muammarani.

Beliau menambah lagi bahawa Jordan dijadualkan untuk menjadi tuan rumah sidang empat negara pada hari Rabu untuk membincangkan perkembangan yang serius di Gaza, serta projek bantuan namun tergendala setelah berlaku serangan terhadap hospital di Gaza. 

Perkembangan terkini berkenaan pengeboman Israel terhadap hospital di Gaza telah menyebabkan landskap normalisasi dan status-quo Amerika-Israel dengan negara-negara Arab berada dalam situasi dilema dan krisis.  Menurut juru bicara Kementerian Kesihatan Gaza, Dr. Ashraf al-Qidra, lebih daripada 500 syuhada terbunuh dalam serangan oleh penjajah Israel ke atas Hospital Al-Ahli Al-Arabi Al-Muammarani di Gaza. 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,669,920
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....