000000
X
PALESTIN
Semua Duta Israel Di Negara Umat Islam Perlu Dihalau Keluar - HAMAS
Oleh: Abdur Rahman Raji
18 Oktober 2023 | 8.20 malam
  Gerakan Islam, Hamas, telah menuntut pengusiran duta-duta Israel dari semua ibu kota negara Arab dan negara umat Islam, dan penghentian sebarang bentuk normalisasi dan kerjasama, serta pelaksanaan pelbagai bentuk boikot terhadap Israel. 

Hamas juga menggesa pembukaan laluan bagi membekalkan konvoi bantuan kemanusiaan, perubatan, dan makanan ke Gaza, serta segera menubuhkan klinik lapangan yang menyokong kelangsungan perkhidmatan hospital-hospital Gaza kepada pesakit dan mangsa yang cedera. 

Hamas turut menekankan keperluan segera bagi menghentikan keganasan terhadap rakyat Palestin, dan langkah serius yang berterusan untuk menghentikan perang penghapusan etnik yang dialami oleh penduduk Gaza. Gerakan itu juga meminta rakyat Palestin, serta masyarakat Arab dan Islam, untuk bangun bersama dan berdemonstrasi di semua bandar dan lapangan pada Jumaat akan datang, menjadikan hari itu sebagai hari sokongan kepada Palestin dan penolakan terhadap penghapusan etnik. 

Hamas turut menggesa UNRWA untuk tidak mengabaikan tanggungjawab kemanusiaannya terhadap pelarian Palestin di Gaza dan terus bekerja dalam bidang kesihatan, pendidikan, dan lain-lain. Hamas juga menegaskan bahawa pertempuran Taufan Al-Aqsa adalah hak yang sah bagi rakyat Palestin untuk mempertahankan diri, tanah air, dan tempat-tempat suci mereka, dalam konteks berhadapan dengan keganasan berterusan dari pihak penjajah dan ketidakberdayaan dunia dalam menghentikan keganasan mereka dan penafian hak-hak rakyat Palestin serta aspirasi mereka untuk membebaskan tanah air sendiri.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,658,815
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....